Alat Pandang Dengar 1
Pengenalan Audio dan Video
- Audio dan video memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terutamanya jika kumpulan sasaran kita ialah murid-murid di prasekolah. Audio dan video yang sesuai dan relevan akan dapat mencungkil minat murid-murid dan seterusnya prestasi mereka.
- Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut.
Pita Rakaman
Teknik rakaman Audio
· Suara bergerak orang yang muncul dalam sesuatu adegan yang sedang dirakam pada pita video pada masa yang sama ketika gambar dirakam.
· Bunyi yang penting bagi subjek (sebagai contoh,bunyi binatang ,jalan atau mesin) dirakam pada pita video
pada masa sama dengan gambar yang dirakam.
· Bunyi yang penting atau bunyi biasa bagi subjek itu tetapi dirakam pada pita audio yang berasingan
daripada gambar ( boleh juga diperoleh daripada rekod kesan bunyi)
· Perawian yang boleh dirakam oleh satu atau lebih suara luar kamera sama ada pada masa sama gambar itu
dirakam,atau keutamaannya pada pita audio dan ditambah kepada gambar selepas gambar disunting.
· Muzik sebagai satu pengenalan, latar belakang atau antara segmen program yang dirakam pada pita audio
dan kemudian dipindahkan kepada pita video selepas penyuntingan
.
Perkara perkara yang perlu diambil perhatian apabila merakam bunyi untuk rakaman pita video
· Lebih baik gunakan sesuatu mikrofon yang diasing daripada yang dibina di dalam kamera video . Letakkan ia rapat dengan subjek untuk kualiti terbaik-tidak lebih daripada 3 kaki jauh dari seseorang yang sedang bercakap.
· Pertimbangkan penggunaan mikrofon wayerles atau mikrofon senapang patah jika sukar untuk menyimpan
mikrofon yang biasa,atau tali kod, luar daripada adegan.
· Jika lebih daripada satu mikrofon akan digunakan di dalam sesuatu adegan, sambungkan setiap kepada
input pada pengadun audio yang ini pula disambungkan kepada talian input pada PKV. Ubahsuai aras
bunyi sebelum rakaman bermula.
· Mulakan rakaman sekurang-kurangnya 10 saat sebelum bunyi dan aksi dimulakan dan teruskan rakaman
untuk sekurang-kurangnya 10 saat selepas bunyi dan aksi ditamatkan. Pembukaan dan penutup yang
kosong akan diperlukan semasa penyuntingan.
Kamera Video
Mikrofon Wayerles
Teknik Rakaman Audio
Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan.
Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.
Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.
Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi. Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing
software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, Neundo danAdobe Audition 3 mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
MP3
Perancangan Dan Penyediaan Rakaman Audio
1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran
2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang
sesuai.
3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan
dimainkan nanti
4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format
penghasilan audio
5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
6. Membuat rakaman dan penyuntingan
7. Ujilari hasil rakaman
8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset
atau fail klip audio
10. Penggunaan bahan audio
11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna
2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang
sesuai.
3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan
dimainkan nanti
4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format
penghasilan audio
5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
6. Membuat rakaman dan penyuntingan
7. Ujilari hasil rakaman
8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset
atau fail klip audio
10. Penggunaan bahan audio
11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna
Video
Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton. Kaset Video
Teknik Rakaman Video
Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita Video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing terutama dalam menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.
sumber rujukan
Pita Video
No comments:
Post a Comment